Wednesday 3 October 2012

Wanita Indonesia Bakal Isteri Hafiz Hamidun


Penyanyi nasyid Hafiz Hamidun mengakui dia telah jatuh cinta dengan seorang wanita Indonesia yang menetap di Mekah selepas pertama kali bertemu ketika menunaikan umrah pada Mac lalu.

Hafiz, 28, berkata, dia tidak sangka doanya yang mahu mendapatkan jodoh termakbul selepas melihat kecantikan anak perempuan kenalan kepada rakan kongsinya yang turut berada di situ.

Syukur Alhamdulillah, apabila saya berdoa agar dapat bertemu dengan wanita yang sesuai, tidak sangka pada malamnya doa itu termakbul ketika saya mahu berurusan tentang hal perniagaan dengan keluarga wanita itu.

Semasa perbincangan berlangsung, wanita itu telah menghidangkan air kepada saya, terus hati saya berkata, dia mungkin jodoh saya. Ia seperti sebuah cinta pandang pertama.

Bagaimanapun, saya harus akur kerana tidak mungkin dapat berjumpa dengannya lebih kerap kerana dia menetap di Mekah dan belajar di sebuah universiti di sana. Sehingga kini baru dua kali kami bertemu, itu pun sekejap,\" katanya.

Hafiz ditemui selepas sidang akhbar konsert Zikir Terapi Hafiz Hamidun di Restoran Rebung, Bangsar dekat sini, Rabu.

Tambah Hafiz, dia telah berbincang dengan ibu bapanya tentang hasrat untuk melamar wanita berusia 20 tahun itu.

Malah Hafiz juga telah membawa mereka ke Bandung, Indonesia untuk bertemu keluarga wanita tersebut pada Ogos lalu.

Mujurlah keluarga kedua-dua belah pihak senang dengan hubungan kami walaupun kami tidak menyampaikan hajat itu secara terus terang.

Cuma wanita itu mahu dia habiskan pelajarannya iaitu kira-kira tiga tahun lagi manakala saya pula berhasrat untuk menikahinya pada tahun depan selain mencadangkan kepadanya supaya menyambung pelajaran di Malaysia, ujarnya.

Bagaimanapun beritahu Hafiz, dia enggan terburu-buru sebaliknya mahu mengenali budaya Timur Tengah yang diterapkan dalam keluarga wanita itu agar lebih memahami dan mengenali mereka dengan lebih dekat.

Sementara itu, Hafiz bakal mengadakan konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun yang akan berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, di sini pada 14 November depan, pukul 8 malam.

Bagi yang berminat, tiket yang berharga RM125, RM100, RM75 dan RM50 boleh dibeli dengan melayari www.airasiaredtix.com atau emelkan ke alamat newmedia@arteffects.com.my.

Untuk maklumat mengenai tiket konsert boleh hubungi talian 012-2251297 atau 03-77271297. Konsert yang dianjurkan oleh Arteffects International hanya terhad kepada 2000 penonton sahaja
__________________

No comments:

Post a Comment