Monday 1 October 2012

Izara Aishah Lega Bila Dedah Dia Sudah Punya BF


Naib Juara Dewi Remaja, Izara Aishah akui hatinya kini lebih lega, malah dia langsung tidak menyesal dengan sikap keterbukaaanya itu apabila mendedahkan status dirinya sebagai kekasih orang.

Bahkan, Izara Aishah memberitahu dia tidak mahu menyembunyikan apa-apa pun daripada umum terutama yang berkaitan dengan status dirinya kerana tidak mahu digelar penipu kelak.

"Sebenarnya saya sudah lama pun mempunyai kekasih dan saya selalu akan bersikap terbuka setiap kali orang bertanyakan mengenainya. Malah, keputusan untuk memberitahu status sebenar saya bukanlah datang daripada permintaan kekasih saya, tetapi saya sendiri yang hendak berterus-terang.

"Kalau hendak ikutkan, kekasih saya tidak bersetuju saya memberitahu mengenai status saya kerana dia merasakan ianya tidak perlu untuk diketahui umum tetapi saya bertindak untuk bersikap terbuka.

"Saya lebih senang berterus-terang, biar orang tahu yang saya memang ada kekasih. Saya lebih suka bersikap terbuka dan jujur mengenai hubungan ini.

"Lagipun, saya tak mahu orang mengatakan yang saya penipu, tiada kekasih. Apabila saya berterus-terang begini, saya rasa lebih tenang dan tiada tekanan," katanya kepada murai.com.my yang ditemui di lokasi penggambaran filem Balun di Batu Kurau, Perak, baru-baru ini.

Walau bagaimana pun, Izara tetap mahu merahsiakan siapa gerangan kekasihnya kerana dia merasakan ia teralu peribadi untuk diketahui umum.

"Saya tidak tertekan dengan keadaan sekarang selepas bersikap terbuka dengan status saya, tetapi saya harap semua pihak tidak memaksa saya untuk memberitahu siapa sebenarnya kekasih saya.

"Cukuplah, orang tahu dia kekasih saya apabila terlihat saya keluar berdua atau dating bersama seorang lelaki," luahnya lagi.

Izara yang bakal muncul dalam filem KL Zombie tidak lama lagi kini sedang menjalani penggambaran filem Balun bersama pelakon-pelakon lain seperti Beto Kusyairy, Datuk Eizlan Yusof, Reen Rahim dan ramai lagi

No comments:

Post a Comment