Saturday 29 September 2012

Saya Tidak Boleh Menari Kerana Berhijab” – Shila Amzah

Shahila Amir Amzah


Shila Amzah merupakan satu-satunya peserta yang memakai hijab dalam pertandingan itu. Akuinya, pada mulanya dia berasa sedikit bimbang dengan penerimaan masyarakat di sana tentang imejnya.

Namun, sangkaannya meleset kerana dia lebih mudah dikenali berbanding peserta negara lain. Semuanya kerana hijabnya itu.

"Memakai hijab membataskan genre lagu yang boleh saya bawakan. Saya tidak boleh menari jika hendak dibandingkan dengan peserta negara lain. Saya juga mempunyai kebimbangan pada peringkat awal berhubung penerimaan masyarakat di sana dengan imej saya.

"Bagaimanapun sangkaan saya meleset apabila mereka menerima imej berhijab dengan baik, malah memberi layanan kelas pertama terhadap saya. Tidak wujud langsung perasaan seperti disisihkan kerana saya rasa seperti berada di Malaysia.

"Disebabkan hijab saya yang berwarna-warni, ia memudahkan penonton mengenali saya dengan mudah. Selepas pertandingan, sewaktu bersiar-siar, orang di sana kenal dan tahu nama saya kerana di sana jarang untuk melihat wanita berhijab berwarna-warni seperti saya," tutur anak penyanyi ND Lala itu lagi.

Sambung Shila, ramai juga orang di sana mempersoalkan mengapa dia perlu memakai hijab sedangkan mereka telah menonton videonya tanpa hijab di laman perkongsian video YouTube sebelum itu.

"Selepas saya terangkan sebabnya dan kenapa perlu memakai hijab, mereka faham dan menerima kehadiran saya sama seperti peserta negara lain. Sebulan sebelum masuk bertanding, saya tanya kepada penasihat pertandingan, Ong Peng Chu, bolehkah saya masuk kerana saya telah bertukar imej.

"Jawapannya cukup mudah, katanya, juri serta penonton yang hadir hanya ingin dengar suara dan persembahan saya bukannya untuk melihat rambut saya.

"Selepas mendengar penjelasannya, saya berkeyakinan untuk bertanding tetapi tiada langsung perasaan yang saya akan menjadi juara," ucapnya yang ditemani ibu bapa dan Ong Peng Chu sepanjang pertandingan itu berlangsung.


No comments:

Post a Comment