Wednesday, 3 October 2012

Pic sekali antara Abby, Memey & Norman di Genting @ mesra.

Selepas pertemuan pada ramadan yang lalu, hubungan kami bertambah akrab dan kami juga selalu berhubung. Insya Allah kalau tiada aral melintang saya dan Abby akan bercuti ke Beijing pula dalam masa terdekat ini. Boleh dikatakan sekarang ini kami berkawan baik sebab memang kami sering berjumpa dan menghabiskan masa bersama anak-anak. Hujung minggu lalu pun kami ada bercuti ke Genting Highlands. Sejujurnya saya bersyukur dengan apa yang berlaku sekarang dan tak sangka Allah memberikan kurniaan sebegini buat kami berdua, Alhamdulillah.


Spice Girls Bergabung Untuk Kali Terakhir


KUMPULAN yang menjadi kegilaan peminat pada tahun 90-an iaitu Spice Girls dilaporkan bakal bergabung sekali lagi buat kali terakhir selepas muncul pada persembahan penutup sukan Olimpik 2012 di London baru-baru ini.

Daily Star melaporkan, Spice Girls yang dianggotai oleh Victoria Beckham, Emma Bunton, Mel B, Geri Haliwell dan Mel C dikatakan sedang berbincang untuk mengadakan sebuah persembahan muzikal yang diberi nama Viva Forever.

Menurut laporan, persembahan itu berdasarkan kepada lagu dan perjalanan karier mereka sepanjang bergelar artis terkenal di seluruh dunia.

Kumpulan itu dijangka akan mengadakan pertunjukan tersebut pada 11 Disember depan.
__________________

Wanita Indonesia Bakal Isteri Hafiz Hamidun


Penyanyi nasyid Hafiz Hamidun mengakui dia telah jatuh cinta dengan seorang wanita Indonesia yang menetap di Mekah selepas pertama kali bertemu ketika menunaikan umrah pada Mac lalu.

Hafiz, 28, berkata, dia tidak sangka doanya yang mahu mendapatkan jodoh termakbul selepas melihat kecantikan anak perempuan kenalan kepada rakan kongsinya yang turut berada di situ.

Syukur Alhamdulillah, apabila saya berdoa agar dapat bertemu dengan wanita yang sesuai, tidak sangka pada malamnya doa itu termakbul ketika saya mahu berurusan tentang hal perniagaan dengan keluarga wanita itu.

Semasa perbincangan berlangsung, wanita itu telah menghidangkan air kepada saya, terus hati saya berkata, dia mungkin jodoh saya. Ia seperti sebuah cinta pandang pertama.

Bagaimanapun, saya harus akur kerana tidak mungkin dapat berjumpa dengannya lebih kerap kerana dia menetap di Mekah dan belajar di sebuah universiti di sana. Sehingga kini baru dua kali kami bertemu, itu pun sekejap,\" katanya.

Hafiz ditemui selepas sidang akhbar konsert Zikir Terapi Hafiz Hamidun di Restoran Rebung, Bangsar dekat sini, Rabu.

Tambah Hafiz, dia telah berbincang dengan ibu bapanya tentang hasrat untuk melamar wanita berusia 20 tahun itu.

Malah Hafiz juga telah membawa mereka ke Bandung, Indonesia untuk bertemu keluarga wanita tersebut pada Ogos lalu.

Mujurlah keluarga kedua-dua belah pihak senang dengan hubungan kami walaupun kami tidak menyampaikan hajat itu secara terus terang.

Cuma wanita itu mahu dia habiskan pelajarannya iaitu kira-kira tiga tahun lagi manakala saya pula berhasrat untuk menikahinya pada tahun depan selain mencadangkan kepadanya supaya menyambung pelajaran di Malaysia, ujarnya.

Bagaimanapun beritahu Hafiz, dia enggan terburu-buru sebaliknya mahu mengenali budaya Timur Tengah yang diterapkan dalam keluarga wanita itu agar lebih memahami dan mengenali mereka dengan lebih dekat.

Sementara itu, Hafiz bakal mengadakan konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun yang akan berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, di sini pada 14 November depan, pukul 8 malam.

Bagi yang berminat, tiket yang berharga RM125, RM100, RM75 dan RM50 boleh dibeli dengan melayari www.airasiaredtix.com atau emelkan ke alamat newmedia@arteffects.com.my.

Untuk maklumat mengenai tiket konsert boleh hubungi talian 012-2251297 atau 03-77271297. Konsert yang dianjurkan oleh Arteffects International hanya terhad kepada 2000 penonton sahaja
__________________

Monday, 1 October 2012

Izara Aishah Lega Bila Dedah Dia Sudah Punya BF


Naib Juara Dewi Remaja, Izara Aishah akui hatinya kini lebih lega, malah dia langsung tidak menyesal dengan sikap keterbukaaanya itu apabila mendedahkan status dirinya sebagai kekasih orang.

Bahkan, Izara Aishah memberitahu dia tidak mahu menyembunyikan apa-apa pun daripada umum terutama yang berkaitan dengan status dirinya kerana tidak mahu digelar penipu kelak.

"Sebenarnya saya sudah lama pun mempunyai kekasih dan saya selalu akan bersikap terbuka setiap kali orang bertanyakan mengenainya. Malah, keputusan untuk memberitahu status sebenar saya bukanlah datang daripada permintaan kekasih saya, tetapi saya sendiri yang hendak berterus-terang.

"Kalau hendak ikutkan, kekasih saya tidak bersetuju saya memberitahu mengenai status saya kerana dia merasakan ianya tidak perlu untuk diketahui umum tetapi saya bertindak untuk bersikap terbuka.

"Saya lebih senang berterus-terang, biar orang tahu yang saya memang ada kekasih. Saya lebih suka bersikap terbuka dan jujur mengenai hubungan ini.

"Lagipun, saya tak mahu orang mengatakan yang saya penipu, tiada kekasih. Apabila saya berterus-terang begini, saya rasa lebih tenang dan tiada tekanan," katanya kepada murai.com.my yang ditemui di lokasi penggambaran filem Balun di Batu Kurau, Perak, baru-baru ini.

Walau bagaimana pun, Izara tetap mahu merahsiakan siapa gerangan kekasihnya kerana dia merasakan ia teralu peribadi untuk diketahui umum.

"Saya tidak tertekan dengan keadaan sekarang selepas bersikap terbuka dengan status saya, tetapi saya harap semua pihak tidak memaksa saya untuk memberitahu siapa sebenarnya kekasih saya.

"Cukuplah, orang tahu dia kekasih saya apabila terlihat saya keluar berdua atau dating bersama seorang lelaki," luahnya lagi.

Izara yang bakal muncul dalam filem KL Zombie tidak lama lagi kini sedang menjalani penggambaran filem Balun bersama pelakon-pelakon lain seperti Beto Kusyairy, Datuk Eizlan Yusof, Reen Rahim dan ramai lagi

Nabil & Jozan Menyerlah, Boboi Tak Menjadi + Pic.

Pementasan Lawak Ke Der pada tahun lalu mendapat sambutan cukup memberangsangkan. Malah, ramai berasa kecewa kerana tidak berpeluang mendapatkan tiket. Atas faktor itu, Tall Order Productions Sdn Bhd mempersembahkan sekali lagi pementasan Lawak Ke Der untuk tontonan umum.

Jadi, sudahkah anda mendapatkan tiket? Kalau belum, baik bertindak bertindak segera kerana tiket laris bagaikan pisang goreng panas. Hanya tinggal sedikit sahaja.

Baiklah, menghiburkan atau tidak Lawak Ke Der musim kedua ini? Pasti soalan yang bermain di fikiran anda bukan? GUA tidak mahu buat perbandingan dengan musim pertama kerana mereka bukan berikan lawak yang sama. Sebaliknya idea baru.

Secara peribadi, GUA menganggap penampilan Nabil paling menyerlah berbanding Jozan, Boboi dan Harith Iskander. Awal-awal lagi Nabil telah memecah tawa penonton dengan kisah seluar ketat dan seluar harem. Tambah gamat apabila Nabil menyanyi dan menari Lawak Ker Der Style yang diadaptasi daripada lagu Korea popular Oppa Gangnam Style. Begitu juga dengan gabungannya bersama Boboi, watak pramugari yang dilakonkan mendominasi penampilan Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik. Nabil membuktikan dia masih ‘kaya’ dengan idea lucu. Bukan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Bagaimanapun, GUA agak kecewa dengan persembahan Boboi. Afdlin dan Harun gagal membuatkan GUA ‘pecah perut’. Malah, ada lawak yang dibuat terasa bosan. Mungkinkah mereka kekurangan idea kerana sibuk dengan komitmen lain? Paling penting, Afdlin sempat ‘memerli’ tentang isu perceraian yang dikaitkan dengan filem arahannya, Untuk Tiga Hari. Babak itu berlaku ketika pengumuman dibuat di dalam pesawat yang mahu berlepas ke Korea.

Dalam pusingan kedua, Boboi muncul dengan persembahan kaunseling hantu. Apa yang boleh GUA katakan, ia membosankan. GUA perhatikan ramai juga penonton yang kaku tidak berperasaan. Hanya ada dua kemungkinan. Satu, persembahan Boboi memang tidak kelakar atau satu lagi sebab mungkin kerana penonton sudah mula hilang konsentrasi kerana persembahan pada malam pertama itu terlalu meleret sehingga ke tiga jam.

Sementara itu, usaha kumpulan Jozan juga nyata tidak mengecewakan. Keserasian duo ini tidak boleh disangkal. Masing-masing bagaikan dapat membaca pemikiran pasangan. Walaupun GUA ketawa berdekah-dekah, GUA agak kurang berkenan dengan penampilan bertudung mereka. Rasanya lebih baik pakai rambut palsu atau muncul dengan tema yang tidak memerlukan watak wanita. Entahlah!

Satu kelebihan Jozan berbanding Boboi adalah sketsa yang seratus peratus berbeza daripada persembahan sebelumnya. Idea segar yang dipersembahkan Jozan nyata cukup memikat. Bukan mudah untuk membawakan pelbagai watak dalam satu-satu persembahan dan mereka berjaya menggalas tanggungjawab tersebut dengan cemerlang.

Mungkin mereka berikan apa yang penonton mahukan. Masing-masing punya pendapat sendiri.
Tidak ketinggalan Harith Iskander yang muncul dengan 'stand-up comedy'. Pelawak gred A ini muncul dengan kisah-kisah biasa yang dilalui oleh rakyat Malaysia. Walaupun temanya mudah, namun Harith berjaya menghiburkan penonton. Satu keistimewaan Harith ialah, dia bijak bermain dengan ekspresi wajah dan tahu di mana klimak penceritaannya!

Secara keseluruhan, GUA menganggap Lawak Ke Der musim kedua ini menghiburkan. Namun, adalah lebih baik masa persembahannya dipendekkan sedikit kerana tempoh tiga jam itu boleh membuatkan konsentrasi penonton terganggu. Lebih-lebih lagi jika mereka menonton pementasan pada hari bekerja. Pabila jam menginjak ke 11.30 malam, pasti mereka sudah mula rasa gelisah kerana mula teringat esok pagi-pagi sudah harus ke pejabat.